Aktiviti & Berita

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA MERIAH DI LORONG SENI@LORONG PANGLIMA, IPOH

Ipoh, 14 Februari 2026 – Suasana di Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh pagi ini meriah dengan penganjuran Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Program tersebut telah dirasmikan oleh YDH Toh Amar Pahlawan Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Bandaraya Ipoh mengenali tradisi dan budaya berbilang kaum dalam meraikan perayaan masyarakat di negara ini, sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan Tarian Singa dan pertunjukan Gendang Cina dengan kerjasama Macha & Seni Market , persembahan Gema Warisan Budaya MBI, pameran bekas pelajar Bridge Club Ipoh serta jualan kraftangan daripada pengusaha kraf tempatan di Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap penganjuran Program Sambutan Tahun Baharu Cina ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman warga bandar raya terhadap budaya masyarakat Cina dalam menyambut perayaan yang penuh bermakna ini, di samping memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan komuniti setempat.

631834742 1296424292510088 7293510217598283178 N
633503113 1296424219176762 2006235089335971702 N
633751862 1296424225843428 1729848102578362231 N
633863748 1296424262510091 3455356835649547146 N
635157584 1296424282510089 515232063564063932 N
635218440 1296424255843425 6561295634604513942 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811437