Aktiviti & Berita

SESI TAKLIMAT & UNDIAN TAPAK MyKIOSK TAPAK NIAGA SEJAHTERA MADANI @ JUMBO JET, STATION 18 DAN FLAT ASHBY

Ipoh, 18 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan komitmennya dalam menyokong pembangunan ekonomi komuniti setempat menerusi penganjuran Sesi Taklimat dan Undian Tapak MyKIOSK Tapak Niaga Sejahtera Madani bagi penjaja sekitar kawasan Jalan Jumbo Jet, Station 18 dan Flat Ashby. Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Bangunan UTC Perak ini disertai oleh seramai 23 orang penjaja yang telah dibanci oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBI.

MyKIOSK merupakan satu inisiatif kerajaan yang menyediakan ruang niaga seragam, selamat dan selesa kepada usahawan mikro, bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi dan menyediakan lokasi niaga yang lebih tersusun dan strategik kepada penjaja kecil.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis iaitu YBhg. Clr. Encik Wong Kar Keat dan YBhg. Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir.

Para penjaja telah diberikan penerangan terperinci berkaitan Syarat-syarat Penyewaan oleh Puan Kasturi A/P Murugiah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Fasiliti, Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta Kutipan Minyak Masak Terpakai oleh Puan Noraini Binti Abu Bakar, Penguasa Kesihatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Syarat-Syarat Pengendalian Sampah oleh Encik Zulfadzli Bin Zakaria, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Sisa Pepejal) dan Syarat-Syarat Pelesenan oleh Encik Ahmad Basir Bin Nor Azli, Penolong Pengarah Pelesenan.

Selepas sesi taklimat dan soal jawab, para penjaja telah menjalani proses undian tapak dan diberikan Surat Tawaran Penyewaan. Mereka diberikan tempoh sehingga 30 Jun 2025 untuk memberikan maklum balas terhadap tawaran tersebut.

Melalui pelaksanaan program MyKIOSK ini, MBI berharap lebih banyak lokasi niaga menarik dapat diwujudkan yang bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi setempat malah berpotensi menjadi tarikan baharu kepada pelancong ke Bandaraya Ipoh.

501060284 1104864621666057 3032313456356267601 N
507074068 1104862131666306 8617063427347640374 N
507079655 1104862128332973 22969189729476596 N
508411577 1104864764999376 3449004809111194152 N
508529837 1104862318332954 2566180076146743064 N
509628724 1104862061666313 4967098570990605763 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019832