Aktiviti & Berita

SHELL JALAN HOSPITAL IPOH (BAHAKHI PETROMART) RANGKUL PEMENANG UTAMA ANUGERAH KATEGORI STESEN MINYAK ANUGERAH TANDAS TERBAIK KPKT 2025

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • SHELL JALAN HOSPITAL IPOH (BAHAKHI PETROMART) RANGKUL PEMENANG UTAMA ANUGERAH KATEGORI STESEN MINYAK ANUGERAH TANDAS TERBAIK KPKT 2025
Kuala Lumpur, 19 November 2025 – Shell Jalan Hospital, Ipoh (Bahakhi Petromart) mencatat kejayaan cemerlang apabila diumumkan sebagai pemenang utama Kategori Stesen Minyak dalam Anugerah Tandas Terbaik Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2025 atau TOTYA 2025.

Kemenangan ini melayakkan Shell ini menerima hadiah wang tunai RM20,000, beserta sijil penghargaan dan trofi. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Encik Bahakhi bin Mohammad, selaku Pengurus Stesen Shell tersebut, dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Westin, Kuala Lumpur malam ini.

Program anjuran KPKT ini turut dihadiri Clr. Encik Lawrence a/l Palanisamy, Ahli Majlis, Encik Manisegaran a/l Subramanian, Pengarah Kesihatan Bandaraya, Encik Faizalhawafiz bin Abd Wafar, Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Tred dan Vektor) mewakili MBI, wakil-wakil kerajaan tempatan, rakan strategik, serta pengusaha fasiliti awam dari seluruh negara.

Berkonsepkan kebersihan bertaraf BMW iaitu Bersih, Wangi dan Menawan merupakan cetusan idea YB Menteri KPKT sendiri. Anugerah TOTYA merupakan pengiktirafan tahunan KPKT bagi menghargai premis yang mengekalkan standard kebersihan, kualiti penyelenggaraan, dan kemudahan tandas awam terbaik. Penilaian ketat dibuat berdasarkan aspek kebersihan, keselamatan pengguna, keberfungsian kemudahan, serta komitmen pengurusan dalam menyediakan fasiliti berkualiti tinggi kepada masyarakat.

Kejayaan Shell Jalan Hospital ini mencerminkan komitmen berterusan pengusahanya dalam memastikan kemudahan awam di premis mereka berada pada tahap terbaik, sekaligus menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkukuh budaya kebersihan dan penyelenggaraan tandas awam bertaraf tinggi di seluruh negara.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga pengurusan Shell ini di atas pencapaian membanggakan dan berharap kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada lebih banyak premis di bandar raya ini untuk meningkatkan taraf fasiliti awam demi keselesaan pengguna.

584758445 1230718009080717 2488188612075759801 N
584783046 1230718042414047 4802393632231415573 N
584907491 1230718032414048 7659385041070828692 N
586544198 1230718005747384 1404921768491778681 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313182