Aktiviti & Berita

SHOWCASE MELODI BANDARAYA GWB 2.0 MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Ipoh, 16 Ogos 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Showcase Melodi Bandaraya GWB 2.0 bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) malam ini sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan 2025.

Program ini mengetengahkan pelbagai persembahan muzik dan hiburan berkonsepkan semangat patriotisme, sekali gus menyemarakkan rasa cinta warga Ipoh terhadap tanah air.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan kehadiran orang ramai di kawasan rekreasi sambil mengibarkan Jalur Gemilang, diiringi alunan melodi yang membangkitkan semangat kebersamaan.

Penganjuran Showcase Melodi Bandaraya ini bukan sahaja menyemarakkan suasana sambutan kemerdekaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat berbilang kaum untuk menghayati erti kemerdekaan melalui seni dan budaya.

532544352 1150794283739757 8965334195143453574 N
532646233 1150794143739771 6297370966252638147 N
533056847 1150794197073099 4175626502486681241 N
533069505 1150794033739782 218885841843514177 N
533081842 1150794020406450 7593171854096771860 N
534918811 1150794137073105 4167897364832698114 N
534988632 1150793983739787 3725157326027846968 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017546