Ipoh, 22 April 2026 – Majlis taklimat Ahli Majlis Siri 2 berkaitan kewangan dan maklumat asas Ahli Majlis telah diadakan di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI, hari ini.
Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih jelas kepada Ahli-Ahli Majlis mengenai aspek kewangan, pengurusan serta maklumat asas berkaitan pentadbiran Majlis.
Dalam sesi tersebut, Encik Mohd Syazlan bin Mohd Isa Suffian, Pengarah Perbendaharaan MBI, telah menyampaikan taklimat berkaitan kewangan, termasuk perkara-perkara yang melibatkan tatacara, pengurusan dan pemahaman asas dalam aspek kewangan organisasi.
Turut menyampaikan taklimat ialah Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI, yang membentangkan perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran MBI sebagai panduan serta rujukan kepada Ahli-Ahli Majlis.
Penganjuran taklimat ini diharap dapat membantu Ahli-Ahli Majlis memahami dengan lebih mendalam peranan, tanggungjawab serta tatakelola yang berkaitan dalam melaksanakan amanah dan fungsi masing-masing dengan lebih berkesan.