Aktiviti & Berita

TAKLIMAT BERKAITAN PELAKSANAAN CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN (CJCP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Ipoh, 10 Februari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan satu taklimat berkaitan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) dalam perolehan Kerajaan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mohamed Inmran bin Sahul Hamid, Penolong Pengarah Kastam Negeri Perak, dan disertai oleh Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta anggota Majlis Bandaraya Ipoh.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memberi pemahaman dan pendedahan kepada warga MBI mengenai pelaksanaan cukai khususnya bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh Majlis.

Taklimat ini turut merangkumi aspek perundangan Cukai Perkhidmatan termasuk akta, peraturan, perintah serta dasar-dasar berkaitan.

Keperluan taklimat ini adalah penting memandangkan Majlis Bandaraya Ipoh terlibat secara langsung dalam perolehan kerja, perkhidmatan dan bekalan.

629235371 1293328539486330 220685083033311886 N
629266093 1293328532819664 4300798882676341996 N
633416789 1293328576152993 326221772854328300 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811574