Aktiviti & Berita

MAJLIS PECAH TANAH PEMBANGUNAN IPOH SENTRAL

Ipoh, 16 Ogos 2025 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, hari ini telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral, sebuah projek pembangunan berimpak tinggi yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bandaraya Ipoh. Majlis ini berlangsung di perkarangan Stesen Keretapi Ipoh.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan; YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; serta Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Pengerusi MRCB Land Sdn. Bhd.

Projek Ipoh Sentral dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negeri Perak, dengan menawarkan hab pengangkutan moden serta pembangunan bercampur yang menghubungkan Ipoh dengan bandar-bandar utama lain di Malaysia.

533140810 1150581487094370 3471778558077793959 N
533403782 1150581443761041 1404698939809680890 N
533682232 1150581537094365 6283030683886528081 N
533806814 1150581510427701 7242165866367322912 N
534197555 1150581577094361 3085467008750456834 N
534374769 1150581563761029 5254314103520069234 N
535101150 1150581490427703 4950395905598525864 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313058